Monday, September 10, 2012

20 Amalan Murah Rezeki


ASSALAMUALAIKUM

 


Assalamualaikum warahmatullah,

Semua orang impikan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur, termasuklah saya. He.. he... Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Terdapat amalan-amalan yang boleh menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar 

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah SWT

Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya“...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi 

Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim 

Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha 

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Surah Ibrahim, ayat 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah ali-Imran, ayat 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas.Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (Surah at-Thalaq, ayat 3)

Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Renung-renungkan dan marilah kita sama-sama beramal. Mudah-mudahan Allah SWT melimpah-ruahkan rezeki-Nya kepada kita. Amiin.

 
AZIEA ISHAK
ADIOS AMIGOS

“SUARA BERGEMA MENGIKUT IRAMA
ILMU AGAMA DIKONGSI BERSAMA”

Skytraxx Bukit Cahaya, Shah Alam



ASSALAMUALAIKUM

DA LAME DA PERAM GAMBAU NIE
HAHAHHA
MEMANG XDO FEEL NAK EDIT ENTRY NIE
TAPI SEMNJAK KEBELAKANGAN NIE
TETIBE JEJARI MALAS AKU RERAJIN PLAK KAN
SEKONYONG-KONYONG JARI NIE NAK HARI3 UPDATE
ENTRY BLOG AZIEA ISHAK NIE KAN
CAM DA LAME SANGAT TAK UPDATE CRITA CRITIE
HAHAHHA
ALA BUKAN APO LINE INTERNET AGAK SUAM KUKU LAA
YE LA KITE KAN XDO BROADBAND DA
SO GUNE INTERNET OPIS JE LA
TU PON SANGKUT SANA SINI
OK LA
LA NIE KITE NAK CRITE TENTANG SKYTRAXX KAT SHAH ALAM
ANJURAN PUSPANITA JPNM PUTRAJAYA
SO SOWANG KENA BAYAR RM 20 KLU IKUTKAN HARGA NAIK SKYTREXX TU AGAK MAHAL LA JUGAK
SO KITAOWG DAPAT LA HARGA SEPARUH
HA LAGI SATU NAK HABAQ
KAT CAN TI KENA BELI SARUNG TANGAN YER TAU
MYBE LAM RM5
PASTU TEMPAT SIMPAN BARANG PON RM 5
SO AGAK BANYAK LA PAKAI DUIT
TAPI MMG BERBALOI LA G AKTIVITI KAT SANA
HUIII GEMPAKXXX SANGAT
SAPE3 YANG KUAT SEMANGAT JE LA YANG AKAN MENERUSKAN PERJALANAN SETERUS YER
YANG SEMPUT3 TU HEHHEHE IKOT SUKO KOWG LA EIKKK
POKOK PANGKAL KITE YER SEMANGAT… NAK TERUSKAN TIDAK
OK LA
KITE BAGI LA GAMBAU POSING JERK
GAMBA NAK NAIK SKYTREXX TU SUSAH KIT NAK BAWAK KAMERA
SO APE3 PON ENJOY KK

 
FIRST BARU SAMPAI MUKE HAPPI LA EYYY

 
HAIII LAM BAS PON NAK POSING JUGAK KERR
HAHAHA
OWG POMPUAN “HARUSS” LA

 
OK OK
SO HAPPI LA KOWANG EIKKK
WALHAL BELOM NAIK SKYTREXX TU CAMANA
HUISHHH MUKE AKU TAKDA COZ
AKU LA YANG MIK GAMBA TUE
HUWAAAAA

 
HEHEHH
LOMPAT TINGGI SAMPAI CUCUR ATAP
HAAA SAMBUNG SENDIRI EIKKK
NICE JUMP SIS

 
WE NOT RED WARIOR FOOTBALL
BUT LOVEY DOVEY RED GEGIRL
RED MEANSS GANAZZZ SEHH

 
HEHHE
SEBELUM AKTIVITI MEMANJAT DIJALANKAN
KITAOWG DI BERI PENERANGAN TENTANG CARA3 MENGENDALIKAN TALI KESELAMATAN SEMASA KAT KAT ATAS POKOK3 TU NANTI
SO SEMPAT LA BERGAMBAR NGAN TENAGA PENGAJAR KAT SANA….
HAHHAHA
RASE4 BUDAK2 STUDENT UITM KOT COZ DIOWG YER SPEAKING BERABUK SEIII
HADOI AKU PON ANGGUK2 GELING2
TANDA PAHAM LA
HADOOIIII YAIII


MUKE PUAS MEMASING SELEPAS SELESAI AKTIVITI BERGAYUT DI POKOK2 BESAR EIKKK
TIME TU AKU BARU PAS JATUH TERSUNGGUR TAPI MUIKE STADYY LA BEB.. WALHAL SAKIT YER TUHAN SAJE LA TAU
NTAH MANA DATANG KAYU YANG MENGELICEK KAKI AKU TAH
APOPUN YANG PENTING KEPUASAN NAIK SKYTREXX NIE PUAS BEBB… MEMANG MENGUJI KITE YER OTOT2
HUIIII

 
AZIEA ISHAK
ADIOS AMIGOS

“ NAK KE MELAKA NAIK KERETA
BERLARI LARI SAMBIL MAKAN KUIH BAHULU
RASE HAPPY TERPANCAR DI MUKA
SESAPA NAK DATANG KENA AXERCISE DULU”

Thursday, September 6, 2012

Macaroni Sosej Spicy







Assalamualaikum

Ok la hari nie saya
Nak memperkenal kan resepi simple mudah n jimat
Hahahha
Klu sesapa nak wat makan2 ker
Asyik poning piker kan menu apo
So saya ada penyelesaian yer…
Hehhehehe
Mudah ajer deh
Resepi saya nieeee
Iaitu
“Macaroni sosej spicy”
Cam gempakzzz jerk kan
Ok la gambar yer cam kat bawah nie haaa
Hahahha




Macaroni yang dah direbus
Sos kimbal bolloghones tradisional
Sos cili
Sos tomato
Cili giling
Brokoli
Daun parsley kering ( parsley flake)
Sosej dipotong ikut suka
Bawang putih dipotong halus
Minyak sayuran satu sudu

Cara-cara

Panaskan minyak, masuk kan bawang putih tumiskan jangan sampai hanggus….
Pastu masuk kan cili giling, sos cili n sos tomato
Masak la sampai pecah minyak
Letak air sedikit, kasi berkuah ckit
Pastu baru letak sos kimbal bologhenes tradisional
Last skali baru la letak sosej…
N da sebati sume baru la letak macaroni..
Da siap….
Sambil2 tue, kita rebus la brokoli,,,
Sebagai sayur yerr
N emmmmmphhh
Memang sedap kkkk
Cube la resepi saya nieee
Insyalllah
Para tetamu pasti sukeee

Aziea ishak
Adios amigos

“Dari kepopong jadi rama-rama
Ilmu dunia dikongsi bersama”

MERDEKA RAYA 2012

 
ASSALAMUALAIKUM

Pada merdeka hari tu
31.08.2012 ( jumaat )
Ntah cemana lak kawan2 aku
Leh cuti, walhal klu bab cuti ni
Diowg susah ckit nak berholiday
Apantah lagi nak ber”union”
Takdir tuhan dapat la kami semua berkumpul dan beraya agak sakan la
G rumah ke rumah memasing la
Sampai tak sedar da pukol 11 malam…. Hehehhe
Mana yang ada anak tu balik awal la, laki da berdering2 tipon
So tinggal kami bertiga yang beraya kat kampong jimah
Wow!!!!
Agak thrilling la jalan eiii time memalam
So tawakal saje la
Anyway happy la dapat berjalan ngan diowg sume…

Di kesempatan ini saya ucapkan “selamat pegantin baru”
 kepada kawan kecil2 n sekampung ngan kitaowg sume
siti noor arita azhari
bersama bgan pasangan eii la
moga2 dapat baby comel
and soleh solehah



 
Beraya sakan kitaowg di rumah kekawan memasing antaranya
Kampong 6 kaki, beranang
Porim, labu
Labu indah
Jimah baru
Kampong batu 8
Kampong lambar
Hah amik kau
Makan sampai kenyang
Heheh
Anyway thanks kekawan yang masak aritu eikk
Loveeee u ollsss


Haaaa
Ni sambil2 minum petang kat opis ngan kakak2 cun la konon
Hahahahh
Lastly but not least
“Selamat hari raya 2012”

Aziea ishak
Adios amigos

“Budak-budak main tali
Perut kenyang suka hati..”

Tuesday, September 4, 2012

BIRTHDAY DAY GIRL 2012

ASSALAMUALAIKUM
NI CERITA PASAL KEK IDAMAN LER
KONON2 BESDAY NAK WAT LAIN DARI YANG LAIN
KONON2 DREAM KEK TU CAM ALA2 PRINCESS
ABIH AKU GOOGLES SEMUA BENTUK KEK YANG BERKENAN DI QALBU
TAPI APA KAN DAYA DEK KESIBUKAN MENJADI DREBAR MY PARENT
SO AKU TAK BERKESEMPATAN TUK MENG’ORDER’ KEK DREAM AKU TU
TAK PE LA LAIN KALI LAIN HARI LA
YANG PENTING BENDA3 PENTING AKU SETTLE KAN DULU
HEHHEHE
OK LA  NI ANTARA KEK2 BESDAY YANG AKU BERMINAT
N TERPIKAT AKAN KALER3 YER BUKAN RASE YER EIKKK
HEHE
TERIMA KASIH EN. GOOGLE
???????





NI LA KEK YANG EXPRESS LAGI SODAP
SECRET RESEPI – COKLAT INDULGENCE NAMA DIBERI
HAHAHHA
THANK TO MY SISTAR BLANJO KEK
HARI SABTU – 1/09/2012
ADALA WAT MAKAN2 SIKIT KAT RUMAH KAKAK NO 3
KAT MELAKA , SEMABOK
PENAT DIA MASAK2 N KEMAS RUMAH
TAK PA3 TAMBAH PAHALA TUK ADIK MU INI
NGEH NGEH NGEH
THANK TO JIRAN2 AKAK YANG DATANG MEMERIAHKAN MAJLIS YANG SEDERHANA N X SEBERAPA TUE
THANK SEMUAA LOVE U ALLL

AZIEA ISHAK
ADIOS AMIGOS

 "KITA MEMBERI ORANG MERASA,
SAHABAT DICARI MUSUH DIBINASA,
BAIK NYA BUDI INDAH ITU BAHASA,
KASIH NYA IBU SEPANJANG MASA"