Wednesday, November 28, 2012

Petua Kecantikan



Assalamualaikum

Petua kecantikan


 

English


melayu

For attractive lips, speak words of kindness

Bagi memiliki bibir yang menarik, tuturkan kata yang baik-baik


For lovely eyes, SEEK OUT THE GOOD IN PEOPLE


BAGI MEMILIKI MATA MENAWAN, CARILAH YANG BAIK-BAIK MENGENAI ORANG LAIN

FOR SLIM FIGURE, SHARE YOUR FOOD WITH THE HUNGARY

BAGI MEMILIKI POTONGAN BADAN YANG LANSING, KONGSILAH MAKANAN DENGAN MEREKA YANG KELAPARAN


FOR POISE, WALK WITH THE KNOWLEDGE YOU’LL NEVER WALK ALONE


UNTUK KELIHATAN AYU, BERJALANLAH DENGAN PENGETAHUAN DAN KITA TIDAK AKAN BERJALAN KESEORANGAN


FOR BEAUTIFUL HAIR, LET A CHILD RUN FINGERS THROUGH IT ONCE A DAY


BAGI MEMILIKI RAMBUT YANG CANTIK, BIARKAN ANAK-ANAK MEMBELAINYA SEKALI SEHARI

PEOPLE, EVEN MORE THAN THINGS, HAVE TO BE RESTORED, RENEWED, REVIVED, RECLAIMED AND REDEEMED


MANUSIA, MELEBIHI BENDA-BENDA LAIN, PERLU DIPULIHKAN SEMULA, DIPERBAHARUI, DIHIDUPKAN SEMULA, DITEBUS GUNA DAN DIRAWAT


NEVER THROW OUT ANYBODY


JANGAN SEKALI-KALI MEMBELAKANGKAN SESIAPA


REMEMBER, IF YOU EVER NEED A HELPING HAND, YOU’LL FIND ONE AT THE END OF YOUR ARM


INGATLAH, JIKA KITA MEMERLUKAN TANGAN YANG MENGHULURKAN BANTUAN, IANYA ADA DI HUJUNG LENGAN KITA


AS YOU GROW OLDER YOU WILL DISCOVER THAT YAU HAVE TWO HANDS: ONE FOR HELPING YOURSELF, THE OTHER FOR HELPING OTHERS


APABILA KITA SEMAKIN DEWASA, KITA DAPATI KITA MEMPUNYAI DUA TANGAN: SEBELAH UNTUK MEMBANTU DIRI SENDIRI, SEBELAH LAGI UNTUK MEMBANTU ORANG LAIN

Saturday, November 10, 2012

LEMON VS LIMAU



ASSALAMUALAIKUM
Teh Ais Limau
=

Ice Lemon Tea

So


=

KeEE?

HEHEH

BAGI AKU TAK SAMA

COZ LEMON IS LEMON

KALAU LIMAU NI

BANYAK KATEGORI

SEPERTI

LIMAU MANDARIN

LIMAU SUNQIST ( XTAU NAK EJA)

LIMAU KASTURI

LIMAU NIPIS

HA MACAM2 LA

YANG PENTING

RASA MASAM TU

CAM LAIN2 CKIT KAN

TAPI

YANG PENTING SUME YER RASE MASAM

TU BILA AKU ORDER MINUM KAT RESTORAN

AKU TANYA ADA ICE LEMON TEA X?

SO DEPA CKAP ADA

TAPI BILA SAMPAI ORDER

DEPA BAGI TEH LIMAU AIS

HADOOOOI

AKU NAK LEMON BUKAN YER LIMAU

SO KAT CNI SLALU PENIAGA

SAMA KAN LEMON NGAN LIMAU

SO PASNI KLU AKU NAK

ICE LEMON TEA

AKU BELI AIR KOTAK ATAU TIN

MORAL OF STORY MORRY

I SO ADDICTED ICE LEMON TEA

WALLLLAA..


 AZIEA ISHAK
"MASAM-MASAM ASAM PEDAS"


Friday, November 9, 2012

10 KELEBIHAN ILMU BERBANDING HARTA


 
ASSALAMUALAIKUM

10 KELEBIHAN ILMU BERBANDING ILMU


ILMU


HARTA

PUSAKA NABI


 HARTA QARUN

KULI KITA

KITA KULI


RAMAI RAKAN


RAMAI MUSUH

SEMAKIN BERTAMBAH

SEMAKIN BERKURANGAN



PEMURAH


KIKIR / KEDEKUT

TIDAK BOLEH DICURI


BOLEH DICURI

MEMBERI MANFAAT DI HARI KIAMAT


DIHISAB DI HARI KIAMAT

TIDAK BINASA / BURUK


BINASA / BURUK

MEMBERI KETENANGAN HATI


KERAS HATI / GUNDAH GULANA


SEBALIKNYA


KETUHANAN SEPERTI QARUN

SUMBER : MOTIVASI UNTUK KEKUATAN DIRI
OLEH :HAMEDAH WOK AWANG


AZIEA ISHAK
KHAMIS / 8 NOV 2012
ILMU LUAS TERBUKA MINDA


Friday, November 2, 2012

CARA-CARA BERTENANG




  1. Artikel Online 2b/Februari 2011: Tips Motivasi –
8 Cara Bagaimana Untuk Bertenang-tenang Selalu


Berikut adalah 5 cara untuk bertenang. Dalam ayat lain, kami paparkan 8 tips bagaimana melatih diri untuk bertenang selalu.

1. Mulakan dengan niat.

Untuk bertenang selalu dan untuk membina ketenangan dalam diri, mulakan dengan niat. Kenapa Anda mahu bertenang? Mesti ada sebabnya kan. Sebagai contoh, Anda mahu bertenang mungkin sebab Anda mahu mengelak dari stress, mungkin sebab Anda mahu melatih diri supaya bertenang selalu atau simply Anda mahu merasai ketenangan dalam apa jua perkara yang Anda lakukan.

2. Longgarkan otot, longgarkan sendi, longgarkan urat kening.

Elak dari mengerut kening ketika Anda sedang merenung, sedang berfikir atau ketika sedang melihat pada sesuatu misalnya skrin komputer atau skrin projektor. Jangan biaskaan diri mengerut kening sebab pergerakan otot kening ketika dikerutkan akan membuat Anda tertekan. Hal ini akan menyebabkan minda Anda terlalu fokus. Bila sudah terlalu fokus, tak ada ketenangan sebab minda Anda dipengaruhi oleh kerisauan dan kekelamkabutan. Sebaiknya, saat membaca sesuatu, merenung atau memikirkan sesuatu, cuba relaks. Bawak diri bertenang.

3. Kawal emosi.

Cara untuk bertenang adalah dengan bersabar. Bukan kawal marah, tapi bersabar. Ketika bersabar, Anda menahan diri supaya bertenang. Ketika menahan marah, Anda masih nampak marah cuma dalam amaun yang ditapis-tapis. Anda masih menampakkan marah diwajah Anda. Ketika bersabar, Anda memujuk diri Anda supaya bertenang tanpa ada keinginan mahu menampakkan yang Anda sedang marah tapi ditahan-tahan. Bina ketenangan dengan melatih diri untuk sentiasa bersabar. Kawal emosi dengan mengamalkan sikap bersabar.

4. Pernafasan.

Pernafasan terarah membuat Anda merasa tenang. Untuk melatih diri bertenang ketika jiwa Anda kacau bilau, tarik nafas melalui hidung, tahan sehingga 3 saat kemudian hembus perlahan-lahan melalui hidung juga. Ketika menarik nafas, penuhkan rongga dada dengan udara sehingga tak termampu, tahan 3 saat lepas tu hembus perlahan-lahan sehingga tak ada lagi yang tinggal. Ulang sebanyak 7 kali untuk impak maksima. Anda boleh lakukan teknik ni ketika membaca, memasak, memotong sayur, memandu, menaiki bas, ketika dalam lif, ketika dalam mesyuarat atau ketika sedang berbincang dengan seseorang.

5. Sembahyang.

Sembahyang dapat membina ketenangan. Ketika sembahyang, hati Anda, jiwa, fikiran dan minda dapat di tenangkan kerana Anda perlu khusyuk. Anda tak akan dapat merasai kekhusyukan sembahyang jika Anda tidak tenang. Cara paling baik untuk membina ketenangan dalam diri adalah melalui sembahyang.

6. Elak berpeluk tubuh.

Ketika sedang berpeluk tubuh, Anda sedang berada dalam posisi DEFENSIF. Mungkin Anda sudah terbiasa berpeluk tubuh ketika sedang menunggu,ketika menonton wayang, ketika berjalan, ketika duduk atau ketika sedang bercakap. Tahukah Anda berpeluk tubuh tak akan membuat Anda merasa tenang langsung? Solusi kepada hal ni adalah dengan menekup kedua-dua tangan di bahagian tapak lalu meletaknya di bahagian hadapan seperti mahu menyalam seseorang dengan kedua-dua tangan. Sebagai contoh, lihat kepada posisi tangan Dr. Irfan Khairi setiap kali dia ditemubual. Tangan kiri dan tangan kanannya diletak di bahagian hadapan kemudian ditemukan di bahagian tapak tangan seolah-olah mahu bersalaman. Cara ini membuat Anda merasa tenang, mengawal gugup, membuat fikiran jadi lebih rasional.

7. Dekat dengan orang yang tenang selalu.

Dekatkan diri selalu dengan orang yang tenang. Orang camni biasanya tak suka marah, tak suka bersuara tinggi dan sentiasa hormat pada orang lain tanpa mengira darjat, pangkat atau status. Bila Anda dekat dengan orang yang tenang, Anda juga akan merasa tenang. Terlihat wajahnya terasa ada getara di dalam jiwa kesan dari pancaran ketenangan yang terpamer di mukanya.

8. LET GO.

Ini adalah langkah terpenting. Let go semua masalah-masalah di fikiran. Lepaskan pergi semua kerisauan. Tinggalkan semua kegusaran. Lupakan hal-hal yang membuat Anda tertekan. Lupakan. Lepaskan pergi untuk seketika. Tarik nafas. LET Go untuk 3-5 jam seterusnya. Anda akan merasa tenang. Setelah itu fikirlah balik segala perkara yang Anda mahu fikir. Anda akan mendapat idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah, Anda akan dapat ilham bagaimana mengatasi kegusaran, Anda akan mendapat suntikan inspirasi untuk mengatasi perkara-perkara yang membuat Anda tertekan.

Ketenangan membuat minda Anda bertindak cemerlang. Ketenangan juga baik untuk mengekalkan motivasi serta mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.

Dalam perhubungan sesama manusia, ketenangan membuat Anda disenangi orang.

Dalam perhubungan antara Anda dengan Tuhan, pasti Anda dirahmati olehNYA.

Jiwa yang tenang adalah jiwa yang dengan dengan alam kemudian akan jadi dekat dengan pencipta alam, iaitu Tuhan.



AZIEA ISHAK
ADIOS AMIGOS