Thursday, January 19, 2012

TEMPOYAK DAUN2 CAMPUR PETAI

ASSALAMUALAIKUM


BAHAN-BAHAN A: PUCUK LABU, PUCUK UBI, DAUN KUNYIT, SERAI, IKAN BILIS, BAWANG BESAR.

BAHAN-BAHAN: TEMPOYAK, CILI API, SANTAN, GULA, GARAM DAN KUNYIT HIDUP (DIKISAR).


CARA-CARA MASAK:

1) SEMUA BAHAN A DI ATAS DIPOTONG HALUS2.

2) CAMPUR BAHAN A DENGAN TEMPOYAK, CILI API DAN KUNYIT HIDUP.

3) KEMUDIAN LETAKKAN SANTAN, IKAN BILIS DAN DICAMPUR SEDIKIT AIR.

4) MASUKKAN GARAM DAN GULA (LETAK LEBIH SEDIKIT KASI MANIS).


LASTLY SIAP LER MASAKAN TU...MEMANG SEMPOI JO....TAPI BAB POTONG TU JO LAH YANG LECEH.


TIP-TIP PENTING


*REBUS DAGING DENGAN SUDU DAN GARAM, KASI EMPUK SIKIT

Thursday, January 5, 2012

AYAM MASAK KURMA

ASSALAMUALAIKUM

BAHAN-BAHAN: PENUMIS (BUNGA LAWANG, CENGKIH, BUAH PELAGA), BAWANG KECIL, BAWANG PUTIH, HALIA, PERENCAH KURMA ADABI, AYAM, AIR LIMAU KASTURI, SANTAN, TOMATO, CILI BESAR WARNA HIJAU ATAU MERAH.


BAHAN A: PENUMIS + BAWANG KECIL, BAWANG PUTIH, HALIA (DIRACIK HALUS)


CARA-CARA MEMASAK:


1) PANASKAN MINYAK KEMUDIAN TUMISKAN BAHAN-BAHAN A SEHINGGA NAIK BAU.

2) LETAKKAN SERBUK KURMA ADABI SEHINGGA PECAH MINYAK.

3) MASUKKAN AYAM BAGI KECUT DULU DAN LETAKKAN AIR LIMAU KASTURI.

4) SELEPAS ITU MASUKKAN AIR MASAK IKUT KUANTITI AYAM YANG DIMASAK ITU.

5)TUNGGU SEHINGGA PEKAT, BARU LA KITA LETAKKAN SANTAN, KENTANG DAN GARAM SECUKUP RASA.

6) APABILA SEMUA SUDAH MASAK, BARU LAH KITA LETAK TOMATO DAN CILI BESAR SEBAGAI PENAMBAH HIASAN DAN RASA.


OK SELAMAT MENCUBA


TIP-TIP PENTING

* AIR LIMAU KASTURI UNTUK KECUTKAN AYAM DAN MEMBUATKAN AYAM ITU TIDAK PECAH KETIKA MASAK.

* SETIAP MASAKAN HENDAKLAH DIAKHIRI DENGAN LETAK GARAM KERANA KLU GARAM DILETAK AWAL-AWAL MENYEBABKAN KENTANG TIDAK EMPUK...


AZIEA ISHAK

ADIOS AMIGOS

Monday, January 2, 2012

LAUK TEMPOYAK PETAI CILI API

BAHAN: TEMPOYAK,

CILI API YANG DIKISAR@TUMBUK,

IKAN BILIS YANG SUDAH SIAP DIGORENG GARING,

BAWANG BESAR YANG SUDAH DIRACIK.


CARA-CARA MEMASAK:

1) PANASKAN MINYAK, MASUK KAN CILI PADI TUNGGU SEHINGGA NAIK MINYAK
2) LEPAS ITU MASUK KAN TEMPOYAK N BUH GARAM SECUKUP RASE
3) LETAK KAN BAWANG, BIAKAN SEKETIKA
4) LAST SKALI BARU LA KITA LETAK PETAI, TUNGGU SEHINGGA NAIK AROMA YER


AKHIR YER JADI LA TEMPOYAK PETAI CILI PADI


ADIOS AMIGOS

AZIEA ISHAK